Subscribe:

Pages

Thursday, August 18, 2011

Koleksi Pantun 10


ayam bahagian peha..

sedap utk dimakan
setiap yang berusaha..
pasti ada ujian..


kalau hendak makan..
sulamkan dengan ulaman..
pada setiap ujian..
ada kegagalan kejayaan..

makan soto di kedai Hassan..
tambah sedap dengan pergedil
bila perlu buat keputusan..
pertimbangkanlah dengan adil..

cari damar dalam hutan..
bila bermalam pasang khemah..
bila perlu ambil tindakan..
lakukanlah secara berhemah..

makan bersama di ruang tamu..
ulam dihidang pucuk paku..
bukan niat mengejar kamu..
tapi kau muncul depan aku... :-)

buat kerja berhati hati..
jgn sampai tersangkut baju..
puas sudah memujuk hati...
ke sana jugak yang dituju.. :-)

semat langsir guna peniti
langsir digantung depan pintu
kalau niat membersih hati..
kenapa dihadap cerita itu..

keliling bandar naik kereta..
hati bersungut asyik kena tol
kalau dengar sebarang berita..
sebelum menyampai pastikan betol...

Gunung Angsi di Ulu Bendul..
Daki gunung berbekal bahulu
jangan merasa ianya betul..
selagi tidak selidik dahulu..

Ulu Bendul airnya bersih..
tempat bermain kejar mengejar
aku mendiam bukan menyisih...
tapi tujuan ingin mengajar..

bungkus hadiah dengan cermat..
hadiah dibungkus buat adinda
baik baik mencari maklumat..
jangan sampai merosak minda..

penjual buah jual duku..
penjual kuih jual keria..
biar kau lupakan aku..
asal tidak lupakan DIA..

tuang air dalam gelas..
utk hidangan budak2..
bagaimana boleh ikhlas..
sedangkan hati kata tidak

tolong belikan pisang sesikat..
sebagai bekalan bawa ke Kedah..
kalau semuanya bawa sepakat..
semua masalah menjadi mudah...

kalau kurang didikan agama..
suka pakai pakaian tertedah..
jika semua beri kerjasama..
segala yg rumit jadi mudah..

melapah daging guna parang..
sambil melapah buka cerita..
jika hendak menolong orang..
kurangkan niat susahkan dia..
bangun pagi bersiap sedia
walaupun hari ini sabtu..
kalau betul kau kasihkan dia..
kenapa bertindak sampai begitu..

jaring dipasang dapat todak..
todak bakar cecah air asam
petir tidak ribut pun tidak..
kenapa engkau gelabah semacam

buah cempedak buah nangka..
makan bersama encik Zainal
dia bukan seperti disangka...
itu tanda belum mengenal

bawa barang gunakan keldai..
hantar di sini bukan di situ..
bukan niat menunjuk pandai..
namun sesekali kena begitu..

Thursday, August 4, 2011

Koleksi Pantun 9

anak remaja belajar berenang..
setelah penat memancing jelawat..
kalau inginkan hati yg tenang..
banyakkan zikir dan juga selawat..:-)

pergi restoran pesan kebab..
dipesan bersama teh halia..
zikir dan selawat amatlah mujarab..
sebagai ubat penenang jiwa... :-)

menu ditempah pulut serawa..
tapi dihantar menu yang lain..
sudah tahu ia penenang jiwa..
mengapa dipilih kaedah lain.. :-)

makan pulasan kena pulas...
makan duku kepala diluku
kuandaikan kamu ikhlas..
bila kamu mengeji aku

masuk hutan mencari rotan..
rotan tua sungguhlah tahan..
keji mengeji perbuatan syaitan..
kerana ia mengundang permusuhan

pergi pasar seorang diri..
di pasar beli ikan parang..
kalau suka membangga diri..
kelak nanti dibenci orang..

pergi kilang memandu lori..
sambil pandu sambil nyanyi
perbuatan suka membangga diri..
boleh jatuh syirik tersembunyi..

mak buat pengat..
ayah tolong jaja..
kuatkan semangat..
pergi buat kerja

pergi kedai beli garam..
jangan lupa beli lada
xpayah sibuk2 nak berazam..
buat aje kerja yg ada..

nama dia zaleha..
suka gigit pensil..
kalau rajin usaha..
pasti akan berhasil

binatang itu buaya..
buaya suka baham..
kalau rajin bertanya..
nanti datang faham

masak makan malam..
menu ikan kerapu
kalau masih xfaham..
dtglah jumpa aku..

pergi rumah Sofian..
utk majlis berkhatan..
hebat sungguh penafian..
namun perbuatan menunjukkan.. :-)

baru habis kelas..
pergi main bola..
laungan kau jelas..
sidia jadi idola.. :-)

masak telor goreng..
makan panas panas
makan kentang goreng..
air nescafe panas..

Tuesday, August 2, 2011

Tumbuh2an itu adalah "kilang"

tumbuh2an adalah satu kilang yang menghasilkan produk mereka sendiri mengikut kadar/ketentuan yang telah ditetapkan Allah. Setiap tumbuhan akan menghasilkan produknya yg tersendiri yang menjadi ciri bagi tumbuhan tersebut. Contohnya pokok kunyit akan menghasilkan bahan utamanya yg dipanggil "tummeric" walau di tanah mana pun ianya di tanam. Tambahan lagi "kilang2" ini tidak menghasilkan bahan buangan (waste). Tidak seperti kilang buatan manusia, walau bagus macamana kilang tersebut utk menghasilkan ubatan, namun dia masih menghasilkan bahan buangan yang boleh mencemar alam.

Di situlah bezanya ciptaan Allah dan ciptaan manusia. Ciptaan Allah menghasilkan ubatan tanpa menghasilkan bahan buangan.. ciptaan manusia menghasilkan ubatan dan bahan buangan secara serentak. Subhanallah.

Adalah lebih baik mengusahakan tanaman herba bagi menghasilkan ubatan dari menghasilkannya secara sintesis... kerana ia akan mengeluarkan bahan buangan.