Subscribe:

Pages

Friday, June 24, 2011

Kalau HBB Menteri Pengguna

walau kita bukan sebagai menteri pengguna atau apa2pun, kita juga boleh memikirkan apa yang akan dibuat jika dilantik sebagai menteri pengguna. Buat masa ni yg terfikir ialah 2 perkara penting iaitu
1. Kempen Turunkan Harga Barang <---sila klik dan baca utk memahami strategi yg HBB gunakan.

2. Ladang Ternakan 1Malaysia
i. setiap negeri akan diujudkan ladang ternakan 1Malaysia (fokus kpd ayam dan lembu sahaja).

ii. Pekerjanya samada pengurus, pegawai dan kakitangan sokongan adalah sebagai kakitangan kerajaan Malaysia. Mereka akan dibayar gaji dan kelayakan yang sama dengan kakitangan yang lain.

iii. Keuntungan yang dibuat adalah sangat minimum, iaitu keuntungan digunakan utk menanggung kos operasi dan bayar gaji pekerja. Maka dengan ini seolah2 kerajaan tidak mengeluarkan duit. Hasil ternakan itu adalah utk kegunaan rakyat. Tidak seperti ladang ternakan yang ada skrg ini lbh berkonsepkan keuntungan kerana ia swasta. Kerajaan punya lbh bersikap kebajikan dan perkhidmatan.

iv. SWASTA akan mengambil kira kos operasi, kos gaji pekerja dan keuntungan, manakala kerajaan hanya menanggung kos operasi dan kos gaji pekerja... sudah pasti ternakan yang dijual akan jauh lebih murah.

v.secara tidak langsung kita membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kita, berbanding kpd pihak SWASTA sudah pasti 90% pekerjanya adalah pendatang asing.

sepatutnya ini yg kerajaan lakukan. ini tidak benarkan pihak swasta mengawal semuanya. Antara alasan bodoh yg didengar ialah mereka juga menjana ekonomi (sebenarnya utk pihak tertentu dan bilangannya sedikit, sepatutnya kita jaga ekonomi yg ramai). Kita sepatutnya menjana ekonomi dgn memberi saingan kepada mereka agar mengurangkan keuntungan semata, ini jika dibiarkan berleluasa maka sudah pasti. Mereka itu hanya segelintir berbanding dgn penduduk yg ramai.

ada cadangan dan pendapat dari anda. dipersilakan. :-)

Tuesday, June 21, 2011

Koleksi Pantun 3

mencari umpan ditepi lembah..
umpan digantung tepi pohon..
ENGKAU yang aku sembah..
pada ENGKAU kumemohon..

disengat oleh sang lebah..
lebam besar warna merah..
ENGKAU yang aku sembah..
pada ENGKAU kuberserah

rumah kosong jangan dibiar..
usahakanlah supaya kekal..
setelah habis semua ikhtiar..
pada ENGKAU aku tawakal..

bersiap-siap pergi jamuan..
pergi bersama dengan si dia
begitulah adat pertemuan..
lambat laun berpisah jua..

adakah dia sudah berpunya..
kalau belum boleh kenalan..
kusangka kekal ke akhirnya...
namun putus ditengah jalan..

kalau kekedai tolong belikan..
kuih karipap dan juga keria
perpisahan ini kumaafkan..
kudoakan engkau bahagia..

pulau pandan gunung daik..
pergi pulau naik kapal
kita berpisah secara baik..
agar persahabatan tetap kekal

dulu timbang gunakan dacing...
buat timbang isi kelapa..
kalau dia dikata "memancing"
kamu pula dinamakan apa... :-)

bawa bekalan air sebotol..
cukupke untuk berkelah..
kamu asyik mengaku betul..
orang lain buat semua salah..:-)


bawa bekalan air sebotol..
cukupke untuk berkelah..
kamu asyik mengaku betul..
orang lain buat semua salah..:-)


HBB suka makan kerang..
makan bersama dgn dia..
empat cara menolong orang
harta, tenaga, idea dan doa

menu diminta masak kupang..
minta juga limau segelas..
kalau mahu menolong orang...
cuba usahakan supaya ikhlas...

minum air bergelas gelas..
sampai perut terasa mengah
antara tanda xbrapa ikhlas..
mudah kecewa bila disanggah

tunggang kuda ke Inderagiri
buat memujuk hati yg lara
ketika ada tiada mencari..
bila dah tiada sibuk pula

pokok dikebun pak long punya..
ditanam penuh pokok dokong
pedulikan hasrat tersembunyinya..
yang penting kita telah ditolong

tanam buah benih yang baik
benih baik si pokok nangka..
kita disuruh bersangka baik..
jgn digalak berburuk sangka

Monday, June 20, 2011

Ilham kata-kataku menjelma

Bila ilham kata-kataku menjelma,
Ia datang tiada waktu tertentu..
Ia datang tanpa petanda awal..

Tiada putus aku berkata-kata..
Ilham bermain dihati dan akalku,

Hatiku bertanya, lantas akalku menjawab…
Akalku menyoal, lantas hatiku menjawab…
Hatiku merenung, akalku membantu…
Akalku berfikir, hatiku memahamkan…

Aku tanya, aku juga yang jawab..
Aku soal, aku juga yang jawab..

HBB, 26/3/2004

Friday, June 17, 2011

Seorang...

  • seorang ayah sering memikirkan samada keselamatan dan nafkah utk ahli keluarganya mencukupi..
  •  seorang ibu sering memikirkan kegembiraan ahli keluarganya..
  • seorang pendidik sering mendoakan agar anak muridnya melebihi dirinya..
  • seorang pencinta sering mendoakan kebahagiaan orang yang dikasihi walaupun tidak dapat bersama..
  • seorang sahabat sering memberikan khidmat yang terbaik untuk sahabatnya..
  • seorang salik sering mengharapkan keredhaanNYA setelah bermujahadah..
  • seorang yang rajin sering berjaya dalam usahanya..
  • seorang yang malas sering ketinggalan..
  • seorang yang pemalu sering tertinggal dan sesat..
  • seorang yang ego sering mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain..
  • seorang yang hipokrit sering mendabik dada..
  • seorang yang tamak sering menginkan sesuatu yang bukan miliknya..
  • seorang yang amanah menjadi kesayangan orang lain..
  • seorang yang ikhlas akan berbuat tanpa dijanjikan sesuatu..
 setiap orang diberi pilihan..
 buatlah pilihan dengan bijak.. via HBBmind

Thursday, June 16, 2011

main guli

antara hobi ku masa zaman kanak-kanak ialah main guli. sila lihat gambar guli di bawah ini bagi yg tak kenal lagi bagaimana rupanya.


Bukan nak masuk bakul angkat sendiri tapi kenyataannya, HBB adalah kategori pandai dan selalu menang bila main guli. Bila dah menang biasanya HBB akan simpan dalam tin MILO saiz besar, bila dah penuh akan dijual atau "lelong". Lelong di sini bukanlah jual lelong tapi beri kepada org lain dgn cara mencampakkan guli dan mereka berebut2 mengutip guli tersebut. Bahagian "lelong" ni HBB paling suka kerana boleh lihat mereka berebut2. HBB tinggal dirumah pangsa LPK, Pelabuhan Kelang. Rumah HBB di tingkat 3. Selalunya HBB akan lelong guli tersebut di bhg beranda/belakang rumah. Mula2 HBB akan jerit bahawa HBB nak lelong guli, maka berkumpullah budak2/kwn2 yg nak guli... maka HBB lemparkan sikit dulu.. maka berebut2lah mereka utk mendapatkan guli tsbt. Bahagian ini paling HBB suka, ketika mereka sedang sibuk mengutip guli, HBB akan lemparkan lagi dlm kuantiti yang banyak... masa inilah HBB tergelak sakan kerana ada guli yg kena atas kepala mereka, hehehhee (jahat ke?... hehehe). walaupun sakit, mereka tetap terus mencari dan mengutip guli tersebut.

Bagaimana HBB boleh selalu menang ye???hebat tak? HBB main guli gunakan akal tahu.. :-).

kita ambil satu contoh permainan yang kami panggil masa kecik2 dulu sbg "main lesen". Ok bagaimana "main lesen" ini dilakukan. Sebagai contoh ada 3 org pemain (HBB, A & B). Setiap pemain diminta menyerahkan 10 biji guli (jumlah bergantung kpd persetujuan pemain2 yang ada). Guli yg terkumpul diletakkan secara rawak dalam petak yg dilakar di atas tanah pada saiz lebih kurang 1x1 kaki persegi. Kemudian setiap pemain berdiri berdekatan dgn petak dan seterusnya membaling gundi/induk sejauh yang mungkin dari petak tersebut (tidaklah terlalu jauh, biasanya dlm 10 kaki lbh dari petak). Kemudian jarak gundi bagi setiap pemain akan diukur, mana2 gundi yang paling jauh akan diberi keutamaan kepada pemain tersebut utk memulakan permainan dahulu utk mendapatkan "lesen".

Apa dia induk/gundi??
ialah sebiji guli lain dalam simpanan pemain yang dipanggil sebagai induk/gundi. Biasanya gundi dipilih berdasar bentuk dan warna yg spesel dlm guli tersebut. Biasanya kita percaya guli tersebut akan bawa kemenangan atau ong... hehehe. masa kanak2 pun dh percayakan perkara pelik2.

Apa dia lesen??
lesen disini ialah kebenaran utk mematikan pihak lawan (pemain lain) dgn cara membaling gundi kita dan kena gundi pihak lawan.

Bagaimana mendapatkan LESEN??
caranya ialah mebaling gundi ke dalam petak sehingga dapat mengeluarkan sebiji guli yg berada dalam petak tanpa gundi tertinggal di dalam petak. Jika gundi kita tertinggal di dalam petak, maka kita juga dikira mati.

Setelah memperolehi lesen kita boleh bunuh pemain lain dgn membaling gundi kita dan kena gundi pemain lain, maka pemain lawan dikira mati dan tidak layak meneruskan permainan. Lebih cepat kita dapat bunuh pemain lawan lagi cepat pemain tamat, maka dapatlah kita ambil semua baki guli yang masih berada di dalam petak. Semua pemain akan berusaha untuk mendapatkan lesen supaya dia boleh bunuh pemain lain, pemain yang tidak dapat lesen lagi sentiasa khuatir di bunuh oleh pemain lain. Maka mereka sentiasa cuba menjarakkan diri dari pemain yang ada lesen. Sementara itu pemain yg berlesen boleh terus mengeluarkan guli yg masih berbaki di dalam petak. Jika semua guli telah berjaya habis dikeluarkan maka permainan di kira tamat. Maka bolehlah mulakan permainan baru.


Bagaimana HBB selalu menang??.. xmain tipu ye tapi gunakan akal.

setelah dapat lesen HBB akan cuba bunuh pemain lawan. Jika ada 2 orang pemain(A&B) lawan yg belum ada lesen. yang jaraknya agak berjauhan antara sama lain dan juga arah yg berbeza. Katakan pemain A berada 4kaki keutara, dan pemain B pula 6kaki keutara pemain A. Jika HBB baling gundi pemain A dengan tepat dan kena maka gundi HBB akan kebelakang, maka jarak gundi HBB dan gundi pemain B mungkin lbh dari 6kaki di mana semakin sukar utk membaling dgn tepat dan kena. Apa yg HBB lakukan, ialah baling gundi HBB ke gundi pemain A, betul2 kena bahagian atas gundi A, maka gundi HBB akan bergerak semakin dkt dgn gundi B. hehehe. begitulah corak pemikiran HBB semasa masih kanak2 lagi. HBB sudah applikasikan fizik semasa kanak2 lagi.

bijak tak??? hehehehe

Kamu yang Mulia ..

sajak ini dinukil sempena hari ibu buat Bondaku tersayang:

Kamu yang mulia

kamu yang melahirkan..
kau dipanggil dgn pelbagai panggilan..
ibu, emak, umi, mama, bonda dan lain lain lagi..
panggilan ini amatlah mulia..
Kau makhlukNYA yang mulia..
kau bertarung nyawa demi kami..
kau kandung kami ke mana sahaja kau pergi
kau bukti kasih sayangnya Allah..
tiada makhluk lain semulia kau..
setelah kami dilahirkan..
kaulah yang paling gembira menyambut kami..
apa kau lakukan kepada kami adalah atas nama kasih sayang
kasih sayangmu mengatasi segala..
kau utamakan kehendak kami dari kehendakmu..
kau lebihkan kami dari yang lain..
kau memohon biarlah sakit kami diserahkan padamu..
belaian mu adalah kerana kasih dan sayang
marah mu juga kerana kasih dan sayang..
kaulah yang ke hadapan jika ada yang menggangu kami..
dalam hati mu tiada lain semuanya adalah kerana kasih dan sayang..
dalam hatimu tiada lain ingin melihat kami berjaya..
apapun yang kau harapkan dari kami adalah utk kami jua, bukan untuk kau
tidak terdetik dihati kamu utk melihat kami kecewa..
maafkan kami..jika kami membuatkan kamu bersedih..
maafkan kami jika tidak mampu mengadakan kejayaan kami..
kaulah ratu hati kami....
tiada termampu kami balas jasamu..
semoga Allah meredhaimu sentiasa..
amin..amin ya rabbal alamin..

11.52pm 7Mei2011
nak share dipersilakan..sharing is caring

Wednesday, June 15, 2011

Koleksi Pantun 2

berlari ke sana ke sini..
tak tentu arah dlm hati
kalau teringin nak dtg sini..
apa lagi isilah borang cuti..

pergi memancing si ikan todak..
todak dihidang buat tetamu
mereka cemerlang kamu tidak..
dunia belum akhir utk kamu...

kanak kanak dipanggil budak..
berlari lari di ruang tamu..
mereka berjaya kamu tidak..
mungkin belum rezeki kamu

kanak kanak dipanggil budak..
berlari lari di ruang tamu..
mereka berjaya kamu tidak..
mungkin belum rezeki kamu

kanak kanak dipanggil budak
berlari lari di ruang tamu
mereka berjaya kamu tidak
mungkin belum rezeki kamu

kanak kanak dipanggil budak..
berlari lari di ruang tamu..
mereka berjaya kamu tidak..
mungkin belum rezeki kamu... :-)

hari ini mulakan kerja..
kerja sebagai penyambut tetamu..
jangan kamu bermuram durja..
ada yg lbh teruk dari kamu... :-)

hari pertma memulakan kerja..
jangan sampai lambat bangun
kalau asyik bermuram durja..
bagaimana hendak membangun..

kanak kanak dipanggil budak..
berlari lari di ruang tamu..
mereka berjaya kamu tidak..
mungkin belum rezeki kamu... :-)

elok elok menanam budi..
biar lama kekal di hati
klu dulu nak sambung studi...
mengapa kini nak berhenti...

kalau hendak menanam budi..
hendaklah sentiasa beringat
ceramah apa yg didgr tadi...
sampai hilang habis semangat

duduk dekat dengan sidia
mndpt perkenan keluarga dia
siapa gerangan siapa dia..
mahu saya berjumpa dia.. hehehe

duduk bersimpuh di beranda..
duduk bersama dgn Jebat
bila angau sudah melanda..
hanya dia yg boleh ubat...

satu periuk penuh nasi..
satu almari penuh kain
kalau dah 24jam duk di sisi..
xbolehlah nak buat kerja lain..

Dalam BM pisang dalam BI banana..
dalam bakul penuh rambutan
aku bukan bersifat sempurna..
untuk kau jadikan ikutan..

beramai ramai mencari muafakat..
supaya kerja tidaklah salah..
aku bukanlah seorang malaikat..
maafkan aku jika bersalah..

terasa sakit dikanan peha..
dicubit oleh encik Yahya..
kalau kita gigih berusaha..
insyaallah pasti berjaya..

keliling kota naik beca..
beca dipandu oleh pak lang
kalau kita rajin membaca..
insyaallah keputusan cemerlang

asam pedas masakan nyonya..
gigi sakit sebelah geraham
kalau kita rajin bertanya..
insyaallah bertambah faham

Tuesday, June 14, 2011

Koleksi Pantun 1

Anak dara sudah berpunya..
Sedang khusyuk baca Al-quran
Cantik & hudoh ada bezanya..
Namun itu bukannya ukuran..

Bujang teruna sudah berpunya..
Memasang khemah di gunung Tahan
Gemuk & langsing ada bezanya..
Namun itu bukanlah pilihan..

Mati semut kerana gula..
Itu adalah satu perumpamaan
Tetapkanlah di hatimu semua...
Agama dan budi jadi keutamaan

pergi pantai bawa bekal..
pergi bersama sidia itu... :-)
kamu ada iman dan akal..
jgn nafsu jadi penentu..

Kalau mendaki gunung Tahan...
jangan lupa bawa khemah..
kalau gundah menentu pilihan..
minta pendapat dgn berhemah

pekan di Melaka nama Asahan..
dari asahan ke pantai buruk..
kalau masih ragu dgn pilihan..
minta Allah beri petunjuk...

jgn asyik suka berbalah..
kelak nanti susah pujuk..
kalau itulah petunjuk Allah
semoga bahagia dgn petunjuk..:-)

pergi kelas bawa kereta..
sambil pandu kunyah keria
pantun saya ada merata-rata..
kalau berkenan ambillah ia..

masak sayur campur tahu..
buat bekalan pergi berkelah
jgn dipelikkan camna tahu..
yg penting kita berubah.. :-)

kacak jelita pilihan hati..
jatuh cinta pandang pertama
masih ada yg memilih budi...
kerana itu suruhan agama..

kacak jelita makanan mata
jatuh cinta pandang pertama..
jangan kerana kacak jelita..
maka kata semuanya sama

kalau hati sudah berkenan..
berbuat sesuatu nyatakan hajat
pilih agama budi sebagai saranan..
dia memilih lain apa nak buat.. :-)

sudah penat berkata-kata..
itu jugak dibuatnya dia..
kalau memilih kacak jelita
doakan aje semoga bahagia..:-)

pergi bandar naik bas mini..
tengah bandar panas terik
sungguh tenang malam ini...
ditemani bunyi cenggkerik...

hari ini hari isnin..
ramai xsuka hari ini..
klu ada yg teringin..
jgn lupa pesan di sini.. :-)

Monday, June 13, 2011

KehendakMu Jua Pasti Berlaku..

KehendakMu jua pasti berlaku

Wahai pemilik yang memiliki segalanya..
Tiada suatu yang nyata dan tak nyata itu bukan milikMu..
MilikMu jua segala yang zahir dan batin dari mata kami..

Wahai PEMILIK yang memiliki segalanya..
Kau hadirkan kehendak dalam diri aku..
Untuk aku menyaksikan KehendakMu yang pasti berlaku..
Aku berserah kepada kehendakMu..
KehendakMu menjadi takdir bagi diriku..
Aku redha menurut kehendakMu ke atas diriku..T
iada upaya aku menentang kehendakMu..
Tiada upaya aku melawan kehendakMu..
Walau sejuta usaha kuhadirkan agar kehendakku tercapai..
KehendakMu jua yang pasti berlaku..
Aku berserah kepada kehendakMu..
Aku berdoaaku bermohonaku bermunajat
PadaMu yang berkuasa ke atas segala yang berkehendak
Agar
kehendakku menjadi KehendakMu (3x)…
KehendakMu jua yang pasti berlaku
Tiada upaya aku
ENGKAUlah segalanya.

HBB, 18/5/2004

Sunday, June 12, 2011

Turunkan Harga Barang

Kita sudah jemu dengan kata-kata retorik ahli politik yang sibuk mengatakan tentang harga barang ingin diturunkan tetapi gagal. Apakah yang telah dilakukan oleh Kementerian Pengguna, bila ada pihak pemborong atau pengilang/penternak ingin menaikkan barang, dengan kadar segera mereka kata kita akan berbincang dengan mereka. Wakil kementerian pengguna atau menterinya akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengilang/pemborong. Apa yang dibincangkan dan dimesyuaratkan kita tak tahu, tetapi apa yang kita dengar dari hasil perbincangan tersebut pihak kementerian/kerajaan bersetuju agar kenaikan harga barang terpaksa dinaikkan dengan alasan kerana faktor semasa seperti kenaikan harga minyak dan bahan mentah. Maka akhirnya kita lihat lagi satu senario kenaikan harga barang tanpa kerajaan boleh berbuat apa-apa.
Janganlah kerana berapa kerat individu/pengilang/pemborong yang menghadapi masalah ekonomi maka rakyat yang terpaksa menanggungnya. Rakyat sudah letih dengan janji-janji kosong. Usahlah kita menaruh harapan lagi dengan mereka-mereka ini yang hanya pandai berjanji tanpa melaksanakannya. Pada saya sebenarnya penggunalah yang boleh memainkan peranan. Ayuh pengguna semua, bangunlah dengan tindakan yang bersepadu. Sebagai contoh, kita ambil bagaimana kita boleh mengawal dan menurunkan harga ayam. Saya ambil contoh, semasa wabak SARS melanda negara kita, harga ayam dijual pada harga yang rendah. Kenapa harga tersebut boleh kurang? Harga tersebut kurang bukan kerana mereka jual pada harga rugi tetapi pada harga dengan keuntungan yang kecil. Tiadapun kita dengar penternak yang bunuh diri atau muflis kerana kerugian. Kerugian yang dimaksudkan bukan bermakna rugi tetapi keuntungan berkurang. Selama ini kita biarkan mereka buat keuntungan yang tinggi dan yang menanggung beban adalah para pengguna terutama mereka yang berpendapatan rendah. Sekali lagi saya seru agar pengguna bersatu hati membuat tindakan bersepadu. Bersama ini saya gariskan bagaimana kita sebagai pengguna boleh memainkan peranan dalam mengawal harga barang. Sebagai contoh di satu pasar, purata bilangan ayam yang dijual adalah 5000 ekor sehari oleh peniaga.
Hari 1
Apakah akan berlaku jika pada satu hari (ke-1) tiada pengguna membeli walau seekor ayam. Peniaga sudah rasa risau, apa yang telah berlaku pada hari ini. 5000 ekor tidak terjual.
Hari 2
Pada keesokan harinya (hari ke-2) pemborong datang untuk membekalkan 5000 ekor ayam lagi. Sudah pasti tiada peniaga akan membeli ayam yang ingin dibekalkan. Di sini akan berlaku main harga antara peniaga dan pemborong. Pemborong terpaksa menurunkan harga sedikit daripada harga semalam dan dalam fikiran peniaga mereka akan untung lebih jika dijual pada harga seperti biasa. Tetapi pada hari ke-2 pengguna masih lagi tidak membeli seekor ayampun. Peniaga semakin gelisah kerana sudah dua hari mereka tiada jualan dan pada mereka sudah ada 10000 ekor ayam dan itu adalah maksimum ayam yang mereka boleh simpan dalam stor sejuk beku.
Hari 3
Apa pula yang berlaku pada hari ke-3 di mana pengguna masih lagi tidak membeli walau seekor ayam, seperti biasa pemborong datang dengan 5000 ekor ayam untuk dibekalkan pada peniaga tetapi akan pulang dengan 5000 ekor ayam kerana peniaga sudah tidak mampu membeli ayam dari pemborong walaupun dijual lebih murah sedikit daripada harga hari ke-2 kerana mereka sudah tiada tempat untuk disimpan.
Hari 4
Apa pula akan berlaku pada hari ke-4? Sudah pasti peniaga akan cuba menurunkan harga ayam, di mana mereka jual pada untung yang kecil, tetapi peniaga lupa bahawa pengguna telah bersatu hati untuk tetap tidak membeli ayam pada hari ke-4. Sekarang kita lihat senario antara pemborong dengan penternak pula pada hari ke-4. Seperti biasa penternak akan menjangkakan pada hari tersebut 5000 ayam (katakan 1 reban) mereka akan dibeli oleh pemborong pada harga yang biasa dijual. Tetapi pemborong taknak membeli dari penternak kerana mereka masih ada lagi 5000 ekor ayam yang belum terjual. Maka berlakulah tawar menawar antara pemborong dan penternak, penternak menjual pada harga yang rendah dari harga sebelum ini dengan keuntungan yang rendah pada pemborong. Kita dapat lihat pada hari ke-4 pemborong telah ada 10000 ekor ayam dalam simpanan mereka dan peniaga ada 10000 ekor dlam stor sejuk beku mereka.
Hari ke-5
Apa pula yang berlaku pada hari ke-5 jika pengguna masih lagi enggan membeli ayam. Peniaga masih lagi ada 10000 ekor ayam dalam simpanan, kos penyimpanan meningkat, mereka tiada jualan. Bagaimana pula dengan pemborong? Pemborong masih lagi ada 10000 ekor ayam yang tidak terjual dan sudah pasti pemborong taknak membeli ayam dari penternak. Pada hari ke-5 penternak tidak dapat menjual 1 reban (5000 ekor) ayam dan mereka terpaksa beri ayam mereka makan. Kita semua maklum, penternak membela ayam pada satu tempoh yang tertentu, jika terlebih hari mereka terpaksa menanggung kos makanan ayam. Kita bayangkan pada hari ke-5 bagaimana gelisahnya peniaga, pemborong dan penternak.
Hari ke-6
Apa pula yang akan berlaku pada hari ke-6? Saya yakin peniaga akan cuba menjual harga yang serendah mungkin tetapi dengan sedikit keuntungan. Katakanlah pengguna mula membeli ayam seperti biasa pada harga baru yang rendah dan peniaga dapat menjual sebanyak 5000 ekor ayam dan berbaki 5000 ekor ayam dalam simpanan mereka. Pemborong masih ada lagi 10000 ekor ayam dalam simpanan mereka. Bagaimana pula di pihak penternak, Penternak membela dan menjual ayam pada kadar 1 reban sehari. Katakan satu reban ada 5000 ekor ayam, sudah pasti pada hari ke-6 sudah ada dua reban yang tidak terjual, sekali lagi kos makan ayam terpaksa ditanggung oleh penternak.
Hari ke-7
Apa pula berlaku pada hari ke-7? Peniaga dapat menjual lagi 5000 ekor ayam tetapi pada harga seperti hari ke-6 kerana takut pembeli taknak membeli jika peniaga naikkan harga ayam. Pemborong masih lagi ada 10000 ekor ayam yang masih belum terjual kepada peniaga. Pemborong taknak membeli dari penternak, dan sekali lagi penternak telah ada 3 reban yang tidak dapat dijual (kos meningkat).
Hari ke-8
Pada hari ke-8, pemborong baru dapat jual sebanyak 5000 ekor ayam kepada peniaga dan baki 5000 ekor dalam simpanan. Sudah pasti harga yang dijual oleh pemborong kepada peniaga turun dari harga pada hari ke-1 kerana takut peniaga taknak beli, kerana peniaga juga takut untuk jual seperti pada harga hari ke-1 tetapi akan dijual seperti pada hari ke-6 dan 7. Pada hari ke-8 ini penternak akan ada sebanyak 4 reban yang tidak terjual.
Hari ke-9
Pada hari ke-9 pula barulah pemborong dapat menjual 5000 ekor ayam lagi kepada peniaga tetapi pada penternak, telah ada 5 reban ayam yang tidak terjual. Sudah berapa banyak kos makan ayam yang terpaksa ditanggung oleh penternak. Pengguna sedang menikmati ayam pada harga yang rendah.
Hari ke-10
Pada hari ke-10 barulah rantaian ayam dari penternak, pemborong, peniaga dan pengguna kembali seperti biasa. Tetapi pada pihak penternak, kos 5 reban masih lagi terpaksa mereka tanggung untuk tempoh matang ayam dari mula hari pertama dibela sehingga boleh jual. Sudah pasti penternak taknak ini berlaku lagi kepada mereka.

Kita hanya perluka 5 HARI untuk melakukan tindakan bersepadu. Adakah 5 hari tak beli dan makan ayam akan menyebabkan pengguna mati, jawapannya sudah tentu tidak. Bayangkan jika dalam tempoh 5 hari satu juta pengguna bersepadu berjanji tidak membeli ayam. Percayalah hanya dengan tindakan bersepadu pengguna bagi tempoh 5 hari sahaja tidak membeli ayam akan menyebabkan harga ayam akan diturunkan. Maka tiada lagi penternak, pemborong dan peniaga menjual pada harga yang mahal. Kaedah ini juga kita boleh gunakan untuk barangan lain tetapi syarat utamanya ialah tindakan bersepadu. Bagaimana dan bila tindakan bersepadu ini akan dilaksanakan?
Untuk melaksanakan agar ianya berjaya kita memerlukan sekurang2nya 1juta orang yang bersetuju untuk mengambil tindakan. Tolong kempen untuk lebih ramai yang bersetuju untuk melakukan tindakan bersepadu.
Langkah 1:
sila LIKE page ini:
http://www.facebook.com/pages/Turunkan-Harga-Barang/209077935794447

Langkah 2:
Tunggu arahan untuk tindakan bersepadu,

Rasional kenapa perlukan pendaftaran ialah, kita memerlukan sekurang2nya 1juta pengguna yang bersetuju kerana jumlah yang kecil tidak memberi kesan menyeluruh. Tidak boleh tetapkan tarikh pada masa ini kerana ini akan membolehkan pihak penternak, pemborong dan peniaga yang tamak mengatur strategi mereka. Dan yang paling penting, yg bersetuju ini hendaklah bersatu dlm melaksanakan misi.

Contoh ini utk ayam, namun boleh dipakai pada semua barangan. Jangan buang masa dan sebarkan artikel ini.

sharing is caring. :-).. via HBBmind

"RASA"

kita semua pasti sering memikirkan sesuatu bila kita ada masalah atau melihat sesuatu perkara. begitu juga bila kita mendengar berita. Akal kita mesti bertindak dgn cepat memikirkan sesuatu pandangan atau pendapat. Tak kiralah samada pndapat kita itu betul atau tidak. Maka HBB sebagai manusia yg mempunyai akal, sudah pasti akan memikirkan sesuatu sehinggakan menghasilkan pendapat/pandangan yg HBB panggil sebagai "rasa"..
masuk hutan memburu rusa..
rusa diburu untukmu tuan..
HBB berblog menyampai rasa..
apa terkandung dalam fikiran..

apapun yang kita rasakan hendaklah dirujuk pada iman, jangan berteraskan nafsu. Apapun yg HBB sampaikan adalah berdasarkan rasa HBB semata2, jika berlawanan dgn rasa anda, anggaplah HBB salah... HBB xkisah dianggap salah. :-).

bersarapan pagi makan laksa..
minum petang goreng cempedak
masing masing mempunyai "rasa"
mungkin sama mungkin tidak..

bila tidak sama itu mungkin berlainan faham. berlapang dadalah dengan "rasa" yang berbeza itu. Rasa aku tidak semestinya betul utk kau terima bulat2...:-).. via HBBmind

Harap ianya berkekalan

apa ye yang aku nak tulis dlm blog ini. sudah begitu lama dan ramai yg cadangkan aku buat blog. Dulu HBB sudah ada blog tp sonyap aje...dah lupapun passwordnya. Harap kali ini berkekalan.

Buah cempedak luar pagar..
ambil galah tolong jolokkan..
saya budak baru belajar..
kalau salah tolong jolokkan..

HBB mulakan dgn ambil templet simple spt yg dicadangkan. tanpa mengubah apa. Nak tgk apa ye hasilnya. hehehe. kwn2 tolonglah komen.

dlm blog ini HBB akan masukkan pantun2 dan sajak2 yg HBB telah karangkan sebelum ini. begitu juga akan dimuatkan pandangan peribadi dan pengalaman2 yg pernah dialami utk dikongsi agar ada kebaikan di situ.

pergi kelas dengan Kamal..
beri tumpuan dengan minat..
HBB ingin berbuat amal..
walau sekadar sebaris ayat..

harapkan blog ini berkekalan.