Subscribe:

Pages

Thursday, October 27, 2011

Koleksi Pantun 11

rosliza anak pak wahab..
kegemarannya makan laksa
kalau dia cepat aje jawab..
kalau aku kau ambil masa..

ada akal gunakan sebaiknya
ada mata boleh pandang..
ada telinga boleh dengar ya..
ada ilmu orgpun pandang..

kalau salah masuk kelas..
silap hari kena pangkah..
matlamat kita biarlah jelas...
biar mudah mengatur langkah..


bulan ini tahun baru..
ramai anak mula sekolah
hati hati memilih guru..
takut dapat ilmu yg salah..


anak dara belum berpunya..
sungguh sopan menyambut tetamu
kalau berhajat dengan dirinya..
jangan malas jangan jemu..


sopan sungguh tingkah lakunya..
bila menyambut para tetamu..
jangan segan hendak bertanya..
ianya kunci menuntut ilmu.. :-)


lama merancang untuk bertemu..
rancang bertemu dgn siapa..
dalam sibuk menuntut ilmu..
adab menuntut janganlah lupa.. :-)


minum petang makan pengat..
pengat dibuat dari nangka
aku bukanlah bijak sangat..
seperti apa yg engkau sangka..


anak jantan bujang teruna..
jalan bersama menuju pekan
tuntutlah ilmu yg berguna..
agar dapat ia memanfaatkan


tepi sungai menjala udang..
masak lomak bersama adinda
walau ilmu penuh segudang...
bukan syarat mendabik dada


potong buluh dibuat galah..
buat menjolok buah pala..
kalau betul yakinkan Allah..
kenapa kalah emosi segala..


pancing dimakan ikan belida..
memancing ikan di tasik Pedu...
cariklah aku ketika ada..
jgn nanti asyik merindu

setiap hari pekena jamu..
jamu resipi buatan Agus..
memang adat menuntut ilmu..
usaha kuat keputusan bagus

buat persediaan menyambut tetamu..
tetamu jemputan bukan sembarangan..
dia bersuara menyampai ilmu..
pasang telinga cuba dengarkan


dari Skudai sampai ke Arau..
bersungguh mencari teman
jangan tergoda kejayaan beliau..
lihatlah usaha yg telah dilakukan..


telah lama tidak bertemu..
kini engkau telah berjilbab..
dalam sibuk menumpuk ilmu..
jangan sampai menjadi hijab


dalam taman ada rama-rama..
ada juga sekawan rusa..
ilmu yg diajar adalah sama....
namun faham kita berbeza


keliling kampung bersama Uda..
keliling bersama kereta kuda..
aku bukan orang berada..
untuk kutabur segala ada..


sambil menonton kunyah kuaci..
filem ditonton kisah perang..
kalau hidup menanam benci..
jangan mengharap kasihnya orang


batu dikumpul dibuat kota..
kota dibina dipinggir pekan..
telah bersediakah diri kita?..
dengan hari yg dijanjikan..

Thursday, August 18, 2011

Koleksi Pantun 10


ayam bahagian peha..

sedap utk dimakan
setiap yang berusaha..
pasti ada ujian..


kalau hendak makan..
sulamkan dengan ulaman..
pada setiap ujian..
ada kegagalan kejayaan..

makan soto di kedai Hassan..
tambah sedap dengan pergedil
bila perlu buat keputusan..
pertimbangkanlah dengan adil..

cari damar dalam hutan..
bila bermalam pasang khemah..
bila perlu ambil tindakan..
lakukanlah secara berhemah..

makan bersama di ruang tamu..
ulam dihidang pucuk paku..
bukan niat mengejar kamu..
tapi kau muncul depan aku... :-)

buat kerja berhati hati..
jgn sampai tersangkut baju..
puas sudah memujuk hati...
ke sana jugak yang dituju.. :-)

semat langsir guna peniti
langsir digantung depan pintu
kalau niat membersih hati..
kenapa dihadap cerita itu..

keliling bandar naik kereta..
hati bersungut asyik kena tol
kalau dengar sebarang berita..
sebelum menyampai pastikan betol...

Gunung Angsi di Ulu Bendul..
Daki gunung berbekal bahulu
jangan merasa ianya betul..
selagi tidak selidik dahulu..

Ulu Bendul airnya bersih..
tempat bermain kejar mengejar
aku mendiam bukan menyisih...
tapi tujuan ingin mengajar..

bungkus hadiah dengan cermat..
hadiah dibungkus buat adinda
baik baik mencari maklumat..
jangan sampai merosak minda..

penjual buah jual duku..
penjual kuih jual keria..
biar kau lupakan aku..
asal tidak lupakan DIA..

tuang air dalam gelas..
utk hidangan budak2..
bagaimana boleh ikhlas..
sedangkan hati kata tidak

tolong belikan pisang sesikat..
sebagai bekalan bawa ke Kedah..
kalau semuanya bawa sepakat..
semua masalah menjadi mudah...

kalau kurang didikan agama..
suka pakai pakaian tertedah..
jika semua beri kerjasama..
segala yg rumit jadi mudah..

melapah daging guna parang..
sambil melapah buka cerita..
jika hendak menolong orang..
kurangkan niat susahkan dia..
bangun pagi bersiap sedia
walaupun hari ini sabtu..
kalau betul kau kasihkan dia..
kenapa bertindak sampai begitu..

jaring dipasang dapat todak..
todak bakar cecah air asam
petir tidak ribut pun tidak..
kenapa engkau gelabah semacam

buah cempedak buah nangka..
makan bersama encik Zainal
dia bukan seperti disangka...
itu tanda belum mengenal

bawa barang gunakan keldai..
hantar di sini bukan di situ..
bukan niat menunjuk pandai..
namun sesekali kena begitu..

Thursday, August 4, 2011

Koleksi Pantun 9

anak remaja belajar berenang..
setelah penat memancing jelawat..
kalau inginkan hati yg tenang..
banyakkan zikir dan juga selawat..:-)

pergi restoran pesan kebab..
dipesan bersama teh halia..
zikir dan selawat amatlah mujarab..
sebagai ubat penenang jiwa... :-)

menu ditempah pulut serawa..
tapi dihantar menu yang lain..
sudah tahu ia penenang jiwa..
mengapa dipilih kaedah lain.. :-)

makan pulasan kena pulas...
makan duku kepala diluku
kuandaikan kamu ikhlas..
bila kamu mengeji aku

masuk hutan mencari rotan..
rotan tua sungguhlah tahan..
keji mengeji perbuatan syaitan..
kerana ia mengundang permusuhan

pergi pasar seorang diri..
di pasar beli ikan parang..
kalau suka membangga diri..
kelak nanti dibenci orang..

pergi kilang memandu lori..
sambil pandu sambil nyanyi
perbuatan suka membangga diri..
boleh jatuh syirik tersembunyi..

mak buat pengat..
ayah tolong jaja..
kuatkan semangat..
pergi buat kerja

pergi kedai beli garam..
jangan lupa beli lada
xpayah sibuk2 nak berazam..
buat aje kerja yg ada..

nama dia zaleha..
suka gigit pensil..
kalau rajin usaha..
pasti akan berhasil

binatang itu buaya..
buaya suka baham..
kalau rajin bertanya..
nanti datang faham

masak makan malam..
menu ikan kerapu
kalau masih xfaham..
dtglah jumpa aku..

pergi rumah Sofian..
utk majlis berkhatan..
hebat sungguh penafian..
namun perbuatan menunjukkan.. :-)

baru habis kelas..
pergi main bola..
laungan kau jelas..
sidia jadi idola.. :-)

masak telor goreng..
makan panas panas
makan kentang goreng..
air nescafe panas..

Tuesday, August 2, 2011

Tumbuh2an itu adalah "kilang"

tumbuh2an adalah satu kilang yang menghasilkan produk mereka sendiri mengikut kadar/ketentuan yang telah ditetapkan Allah. Setiap tumbuhan akan menghasilkan produknya yg tersendiri yang menjadi ciri bagi tumbuhan tersebut. Contohnya pokok kunyit akan menghasilkan bahan utamanya yg dipanggil "tummeric" walau di tanah mana pun ianya di tanam. Tambahan lagi "kilang2" ini tidak menghasilkan bahan buangan (waste). Tidak seperti kilang buatan manusia, walau bagus macamana kilang tersebut utk menghasilkan ubatan, namun dia masih menghasilkan bahan buangan yang boleh mencemar alam.

Di situlah bezanya ciptaan Allah dan ciptaan manusia. Ciptaan Allah menghasilkan ubatan tanpa menghasilkan bahan buangan.. ciptaan manusia menghasilkan ubatan dan bahan buangan secara serentak. Subhanallah.

Adalah lebih baik mengusahakan tanaman herba bagi menghasilkan ubatan dari menghasilkannya secara sintesis... kerana ia akan mengeluarkan bahan buangan.

Friday, July 29, 2011

Koleksi Pantun 8

pasangan itu nampak bahagia..
sedang berehat di padang Gelam
pengorbanan itu perbuatan mulia..
amatlah dituntut dalam Islam..

kalau kau taknak menyumbang...
jgn dihina yang meminta..
kalau kau taknak menyumbang..
jangan sibuk mengata-ngata..:

masak nasik sampai hangit..
hangit berkerak xboleh makan
dentam dentum guruh dilangit..
menandakan hari nak hujan

bertali leher nampak bergaya..
pergi bersama ajak berbincang
ramai merancang utk berjaya...
ramai lagi yg gagal merancang..

duduk berehat di pokok sena..
sambil berehat kunyah keria
merancanglah dengan bijaksana..
kudoakan dikau semoga berjaya..

ada orang marahkan aku..
buat apa ambil peduli..
ada orang bencikan aku..
pergilah kau jgn kembali

naik motor pergi pekan..
sampai pekan beli tiket
merancang tanpa tindakan...
itu juga satu penyakit

tawaf di kaabah orangnya banyak...
sambil tawaf membilang tasbih..
tahunya sikit bisingnya banyak..
fahamnya takde katanya lebih..

masak banyak utk tetamu..
antara menunya kuih bahulu..
dekatkanlah Allah di hati kamu...
tidak kamu nanti mencari aku..

kaki sakit terpijak semalu..
ulat sutera dibuat benang..
kalau ingat Allah selalu..
hati nanti menjadi tenang..

pergi JJ membeli belah..
sambil membelek makan jeruk
kalau selalu ingatkan Allah..
insyaallah nanti dapat pentunjuk..

anak kecil dipakaikan barut..
anak itu bernama Idrus...
telah kusampai apa yg patut..
telah kutegur apa yg harus..:

mari sarapan dikedai nyonya
jangan lupa ajak Rahmat..
berserahlah kita kepadaNya
setelah usaha semoga selamat..

sorang sorang jalan jalan..
jalan jalan dalam pekan..
terima apa yg diputuskan..
redha apa yg ditakdirkan

Thursday, July 21, 2011

Koleksi Pantun 7

tempah makanan di kedai Zaki...
untuk hidangan majlis keramaian..
walau datang sebagai rezeki..
mungkin datang sebagai ujian

petang petang berjalan kaki..
setelah penat duduk berehat..
kalau dah memang bukan rezeki...
usaha apapun takkan mendapat.. :-)

berebut-rebut dapatkan kipas..
kena marah dgn Jaga..
kalau rezeki takkan terlepas..
kalau bukan terlepas juga.. :-)

sungguh indah majlis keramaian..
ramai yang kelihatan bergaya..
semua orang diberi ujian..
antara gagal dengan berjaya

setengah tahun periksa penggal..
soalan susah sakit hati..
kalau berusaha tapi gagal..
itukan nama tiada rezeki..

kaki sakit terkena sembilu
lagi sakit kena rotan..
muhasabah amatlah perlu..
baru nanti ada peningkatan..

tengah malam pergi meredah..
meredah sungai dalam gua
usaha sudah doapun sudah..
kalau gagal kehendakNYA jua..

budak nakal kena tahan..
kena tahan dengan Nyonya
kenalah belajar terima kenyataan...
barulah redha dgn kehendakNYA..

hujan turun dengan lebat..
air naik tahan pukat..
pada kau dia lah hebat..
kau sebenar lebih berbakat..

ikan sembilang ikan duri..
masak lemak sedap dimakan..
kalau nak kenal potensi diri...
cari guru yg boleh tunjukkan

Dulu kita telah dijajah..
oleh mereka bernafsu syaitan..
selamat datang wahai Zulhijjah..
bulan mulia bulan pengorbanan

Batu dikumpul dibina kota..
Bina kota sepenuh hati..
Nabi Ibrahim mengajar kita..
Apa itu pengorbanan sejati..

bapa saudara bernama Yahya..
pergi masjid memakai serban..
kalau kita ingin berjaya..
kita harus sedia berkorban..:-)

budak tadika baca komik..
komik cerita hantu raya..
ingin berjaya dlm akademik...
korbankan masa berpoya-poya..

kalau diberi kerja berat..
jangan anggap sebagai beban..
ingin berjaya dunia akhirat..
hidup kena banyak berkorban...

Wednesday, July 20, 2011

Koleksi Pantun 6

pergi kebun kutip kelapa..
setelah penat makan laksa..
tak ingat skrg takmengapa..
asal muncul ketika periksa

penat berlari sampai lelah..
sampai tertidur dibuatnya..
jangan lupa utk mentelaah..
semoga berjaya semuanya..

dia berlari dengan bersahaja..
berlari laju seperti kuda..
berusaha dan terus berusaha..
semoga kejayaan menanti anda..

pergi pasar mencari bahan..
bahan untuk buat jualan..
kalau rajin buat latihan...
mudah nanti jawab soalan..

buah nangka delima pauh..
jadi kegemaran wahai dikau..
kalau benar kenapa jauh..
kalau tidak mari dekatku..:-)

kaki letih penat mengayuh..
singgah pekena teh pekat..
kau dekat tapi terasa jauh..
dia jauh tapi terasa dekat..


sungguh lazat buah kurma..
tergigit biji di gigi geraham..
mereka berdebar akupun sama..
berdebar takut mereka xfaham.. :-)

beli sarapan di warung Pak Lah..
sebagai bekalan utk berkelah..
terangkanlah hati mereka ya Allah..
seperti hati baginda rasullullah..

siput sedut memanjat bakau..
tempat bersarang burung helang
jika bersama mana dikau..
jika tidak mana menghilang.. :-)

siput sedut memanjat bakau..
baru mencari dah ada bertanya..
wahai MELAYU bangun dikau..
bersama kita tuju padaNYA..:-)

makan nasi berulamkan pauh..
setelah kenyang makan laksa..
pentingkan diri buanglah jauh..
itu penyakit rosakkan bangsa..:-)

air pasang naik mendadak..
sampai masuk dlm perigi..
bukan aku tak hendak..
tapi belum masanya lagi

batang kelapa dijadikan titi..
titi dibuat bersama rakan..
bila tiba masanya nanti..
tidak bertangguh aku ke depan

bangun pagi kerumah Zaki..
menumpang mandi di perigi..
kalau dah memang rezeki..
takkan jauh ianya pergi..:-)

budak budak berebut kipas..
berebut2 sampai bergadoh..
sampai masa jika terlepas..
itu tandanya bukan jodoh..

beli sarapan di warung Pak Lah..
sebagai bekalan utk berkelah..
terangkanlah hati mereka ya Allah..
seperti hati baginda Rasullullah

Tuesday, July 19, 2011

Koleksi pantun 5

atas meja penuh resit..
dalam bakul penuh sampah
jangan jadi orang hipokrit...
muka senyum hati menyumpah..

pergi kedai nak beli cuka..
cuka dibeli di kedai Alang
apa guna bermuka muka..
kelak hidup dibenci orang

sakit perut tercirit birit..
cirit birit terkena kain..
antara tanda org hipokrit..
cakap sini lain kat sana lain

buka tingkap nakkan angin..
angin bertiup kena ke muka..
hidup ini kenalah rajin...
kalau rajin orang pun suka..:-)

dara sunti bernama Fariha...
asal Melaka bukan kedah..
kalau kita rajin berusaha..
semua benda jadi mudah.. :-)

Langkawi ada pekan Kuah..
tempat pelancong jalan jalan..
kalau anda rajin mentelaah..
semoga mudah jawab soalan..:-)

Gunung Merapi di pulau Jawa..
bila meletup lari semua..
Dalam pantun sertakan jiwa..
tanda ikhlas untuk semua..

air nescafe satu koleh..
mari dituang dalam gelas..
mengaku ikhlas semua boleh..
bila buat nampak tak ikhlas..

kotak itu HBB punya..
dalam kotak ada batu
ikhlaskah kita keranaNya..
atau sebab kerana sesuatu..

berbaju kebaya pergi ke kelas..
untuk menarik perhatiannya..
mari berusaha untuk ikhlas...
moga mendapat taufiq dariNya

membeli pemadam di kedai nyonya..
memadam tulisan sampai hilang..
selamat hadapi peperiksaan semuanya..
semoga dapat keputusan cemerlang

membeli belah bersama Yahya..
yahya pndiam xbanyak ragam..
rajin berusaha pasti berjaya..
rajin bertanya pasti faham

Teruna tanya bersungguh sungguh..
adakah Dara sudah berpunya..
menuntut ilmu xboleh bertangguh..
tak faham cepat cepat tanya

ayam goreng bahagian peha..
jadi kegemaran cik Suraya
kalau kamu telah berusaha..
kudoakan kamu berjaya..

naik basikal tengah malam..
tengah malam masih merayap
kalau sayang kenapa diam...
kalau benci kenapa senyap

Monday, July 4, 2011

mereka "itu" dan "ini"

mereka itu menjadi pengarah..
mereka ini menjadi pelakon..
mereka itu sibuk menyebarkan risalah dan baju..
mereka ini berbesar hati menerima arahan utk ke hadapan..
mereka itu duduk bersenang di rumah menunggu khabar..
mereka ini sanggup berpanas menanti arahan..


mereka itu bersorak gembira mendengar khabar...
ramai mereka ini terkorban dan cedera..
mereka ini menangisi kepergian rakan dan saudara..
mereka ini menahan sakit..

mereka itu ketawa riang..
mereka ini menangisi nasib..
mereka itu bijak..
mereka ini bebal..

HBB, 4Julai 12.00pm

Friday, July 1, 2011

Koleksi Pantun 4

makan nasi berulam pucuk paku..
makan bersama dengan tetamu
berjalan kau mendapatkan aku...
berlari aku mendapatkan kamu..

ambil kain dibalut luka..
luka kaki tersepak batu
kamu kata, kamu suka..
kalau suka mengapa begitu

ambil kain balut luka..
luka dikaki terkena pijak
kalau hati sudah suka..
bertindaklah secara bijak.. :-)

pergi Desaru bawa kereta..
duduk berdua kena sergah
kalau hati sudah cinta..
bila ditegah cepatnya marah

bila marah beliakkan mata..
sambil marah jelirkan lidah
bila hati angau bercinta..
apa pada dia semuanya indah

darah mengalir dalam urat..
muka merah nampak sihat..
dalam pantun ayat tersirat..
dalam tersirat ada nasihat..

sesama manusia bersangka baik..
itulah dia suruhan Allah..
HBB bukanlah baik..
sebenarnya hina pada Allah

pergi sekolah bawa bekal
bekalan dibawa roti prata..
baik baik gunakan akal..
jangan kita belitkan fakta

Buah durian buah pulasan..
banyak berbuah di kebun samat
jgn terpaksa dijadikan alasan..
katakan aku setia berkhidmat

sembuhkan luka dengan haruan..
haruan disiang dgn cermat..
masing masing bawa haluan..
kudoakan semuanya selamat

bersungguh-sungguh utk faham..
salah faham sampai bergadoh
kalau mengaku lebih faham..
knp bertindak spt org bodoh

duduk seorang ditengah malam..
duduk seorang menghafal sifir..
asyik mengaku aku lebih Islam..
kenapa berbuat spt org kafir

sekarang maju dipanggil kota..
dulu mundur dipanggil pekan..
kau tidak meminta-minta..
tapi telah dianugerahkan.. :-)

balik Mekah bawa kurma..
tetamu datang kita sajikan
anugerah telah kau terima..
gunakanlah kearah kebaikan..:-)

kurma dihidang untuk semua...
menjadi kegemaran cik nyonya..
berkhidmatlah kepada semua...
semoga kau dirahmatiNya..:-)

Friday, June 24, 2011

Kalau HBB Menteri Pengguna

walau kita bukan sebagai menteri pengguna atau apa2pun, kita juga boleh memikirkan apa yang akan dibuat jika dilantik sebagai menteri pengguna. Buat masa ni yg terfikir ialah 2 perkara penting iaitu
1. Kempen Turunkan Harga Barang <---sila klik dan baca utk memahami strategi yg HBB gunakan.

2. Ladang Ternakan 1Malaysia
i. setiap negeri akan diujudkan ladang ternakan 1Malaysia (fokus kpd ayam dan lembu sahaja).

ii. Pekerjanya samada pengurus, pegawai dan kakitangan sokongan adalah sebagai kakitangan kerajaan Malaysia. Mereka akan dibayar gaji dan kelayakan yang sama dengan kakitangan yang lain.

iii. Keuntungan yang dibuat adalah sangat minimum, iaitu keuntungan digunakan utk menanggung kos operasi dan bayar gaji pekerja. Maka dengan ini seolah2 kerajaan tidak mengeluarkan duit. Hasil ternakan itu adalah utk kegunaan rakyat. Tidak seperti ladang ternakan yang ada skrg ini lbh berkonsepkan keuntungan kerana ia swasta. Kerajaan punya lbh bersikap kebajikan dan perkhidmatan.

iv. SWASTA akan mengambil kira kos operasi, kos gaji pekerja dan keuntungan, manakala kerajaan hanya menanggung kos operasi dan kos gaji pekerja... sudah pasti ternakan yang dijual akan jauh lebih murah.

v.secara tidak langsung kita membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kita, berbanding kpd pihak SWASTA sudah pasti 90% pekerjanya adalah pendatang asing.

sepatutnya ini yg kerajaan lakukan. ini tidak benarkan pihak swasta mengawal semuanya. Antara alasan bodoh yg didengar ialah mereka juga menjana ekonomi (sebenarnya utk pihak tertentu dan bilangannya sedikit, sepatutnya kita jaga ekonomi yg ramai). Kita sepatutnya menjana ekonomi dgn memberi saingan kepada mereka agar mengurangkan keuntungan semata, ini jika dibiarkan berleluasa maka sudah pasti. Mereka itu hanya segelintir berbanding dgn penduduk yg ramai.

ada cadangan dan pendapat dari anda. dipersilakan. :-)

Tuesday, June 21, 2011

Koleksi Pantun 3

mencari umpan ditepi lembah..
umpan digantung tepi pohon..
ENGKAU yang aku sembah..
pada ENGKAU kumemohon..

disengat oleh sang lebah..
lebam besar warna merah..
ENGKAU yang aku sembah..
pada ENGKAU kuberserah

rumah kosong jangan dibiar..
usahakanlah supaya kekal..
setelah habis semua ikhtiar..
pada ENGKAU aku tawakal..

bersiap-siap pergi jamuan..
pergi bersama dengan si dia
begitulah adat pertemuan..
lambat laun berpisah jua..

adakah dia sudah berpunya..
kalau belum boleh kenalan..
kusangka kekal ke akhirnya...
namun putus ditengah jalan..

kalau kekedai tolong belikan..
kuih karipap dan juga keria
perpisahan ini kumaafkan..
kudoakan engkau bahagia..

pulau pandan gunung daik..
pergi pulau naik kapal
kita berpisah secara baik..
agar persahabatan tetap kekal

dulu timbang gunakan dacing...
buat timbang isi kelapa..
kalau dia dikata "memancing"
kamu pula dinamakan apa... :-)

bawa bekalan air sebotol..
cukupke untuk berkelah..
kamu asyik mengaku betul..
orang lain buat semua salah..:-)


bawa bekalan air sebotol..
cukupke untuk berkelah..
kamu asyik mengaku betul..
orang lain buat semua salah..:-)


HBB suka makan kerang..
makan bersama dgn dia..
empat cara menolong orang
harta, tenaga, idea dan doa

menu diminta masak kupang..
minta juga limau segelas..
kalau mahu menolong orang...
cuba usahakan supaya ikhlas...

minum air bergelas gelas..
sampai perut terasa mengah
antara tanda xbrapa ikhlas..
mudah kecewa bila disanggah

tunggang kuda ke Inderagiri
buat memujuk hati yg lara
ketika ada tiada mencari..
bila dah tiada sibuk pula

pokok dikebun pak long punya..
ditanam penuh pokok dokong
pedulikan hasrat tersembunyinya..
yang penting kita telah ditolong

tanam buah benih yang baik
benih baik si pokok nangka..
kita disuruh bersangka baik..
jgn digalak berburuk sangka

Monday, June 20, 2011

Ilham kata-kataku menjelma

Bila ilham kata-kataku menjelma,
Ia datang tiada waktu tertentu..
Ia datang tanpa petanda awal..

Tiada putus aku berkata-kata..
Ilham bermain dihati dan akalku,

Hatiku bertanya, lantas akalku menjawab…
Akalku menyoal, lantas hatiku menjawab…
Hatiku merenung, akalku membantu…
Akalku berfikir, hatiku memahamkan…

Aku tanya, aku juga yang jawab..
Aku soal, aku juga yang jawab..

HBB, 26/3/2004

Friday, June 17, 2011

Seorang...

  • seorang ayah sering memikirkan samada keselamatan dan nafkah utk ahli keluarganya mencukupi..
  •  seorang ibu sering memikirkan kegembiraan ahli keluarganya..
  • seorang pendidik sering mendoakan agar anak muridnya melebihi dirinya..
  • seorang pencinta sering mendoakan kebahagiaan orang yang dikasihi walaupun tidak dapat bersama..
  • seorang sahabat sering memberikan khidmat yang terbaik untuk sahabatnya..
  • seorang salik sering mengharapkan keredhaanNYA setelah bermujahadah..
  • seorang yang rajin sering berjaya dalam usahanya..
  • seorang yang malas sering ketinggalan..
  • seorang yang pemalu sering tertinggal dan sesat..
  • seorang yang ego sering mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain..
  • seorang yang hipokrit sering mendabik dada..
  • seorang yang tamak sering menginkan sesuatu yang bukan miliknya..
  • seorang yang amanah menjadi kesayangan orang lain..
  • seorang yang ikhlas akan berbuat tanpa dijanjikan sesuatu..
 setiap orang diberi pilihan..
 buatlah pilihan dengan bijak.. via HBBmind

Thursday, June 16, 2011

main guli

antara hobi ku masa zaman kanak-kanak ialah main guli. sila lihat gambar guli di bawah ini bagi yg tak kenal lagi bagaimana rupanya.


Bukan nak masuk bakul angkat sendiri tapi kenyataannya, HBB adalah kategori pandai dan selalu menang bila main guli. Bila dah menang biasanya HBB akan simpan dalam tin MILO saiz besar, bila dah penuh akan dijual atau "lelong". Lelong di sini bukanlah jual lelong tapi beri kepada org lain dgn cara mencampakkan guli dan mereka berebut2 mengutip guli tersebut. Bahagian "lelong" ni HBB paling suka kerana boleh lihat mereka berebut2. HBB tinggal dirumah pangsa LPK, Pelabuhan Kelang. Rumah HBB di tingkat 3. Selalunya HBB akan lelong guli tersebut di bhg beranda/belakang rumah. Mula2 HBB akan jerit bahawa HBB nak lelong guli, maka berkumpullah budak2/kwn2 yg nak guli... maka HBB lemparkan sikit dulu.. maka berebut2lah mereka utk mendapatkan guli tsbt. Bahagian ini paling HBB suka, ketika mereka sedang sibuk mengutip guli, HBB akan lemparkan lagi dlm kuantiti yang banyak... masa inilah HBB tergelak sakan kerana ada guli yg kena atas kepala mereka, hehehhee (jahat ke?... hehehe). walaupun sakit, mereka tetap terus mencari dan mengutip guli tersebut.

Bagaimana HBB boleh selalu menang ye???hebat tak? HBB main guli gunakan akal tahu.. :-).

kita ambil satu contoh permainan yang kami panggil masa kecik2 dulu sbg "main lesen". Ok bagaimana "main lesen" ini dilakukan. Sebagai contoh ada 3 org pemain (HBB, A & B). Setiap pemain diminta menyerahkan 10 biji guli (jumlah bergantung kpd persetujuan pemain2 yang ada). Guli yg terkumpul diletakkan secara rawak dalam petak yg dilakar di atas tanah pada saiz lebih kurang 1x1 kaki persegi. Kemudian setiap pemain berdiri berdekatan dgn petak dan seterusnya membaling gundi/induk sejauh yang mungkin dari petak tersebut (tidaklah terlalu jauh, biasanya dlm 10 kaki lbh dari petak). Kemudian jarak gundi bagi setiap pemain akan diukur, mana2 gundi yang paling jauh akan diberi keutamaan kepada pemain tersebut utk memulakan permainan dahulu utk mendapatkan "lesen".

Apa dia induk/gundi??
ialah sebiji guli lain dalam simpanan pemain yang dipanggil sebagai induk/gundi. Biasanya gundi dipilih berdasar bentuk dan warna yg spesel dlm guli tersebut. Biasanya kita percaya guli tersebut akan bawa kemenangan atau ong... hehehe. masa kanak2 pun dh percayakan perkara pelik2.

Apa dia lesen??
lesen disini ialah kebenaran utk mematikan pihak lawan (pemain lain) dgn cara membaling gundi kita dan kena gundi pihak lawan.

Bagaimana mendapatkan LESEN??
caranya ialah mebaling gundi ke dalam petak sehingga dapat mengeluarkan sebiji guli yg berada dalam petak tanpa gundi tertinggal di dalam petak. Jika gundi kita tertinggal di dalam petak, maka kita juga dikira mati.

Setelah memperolehi lesen kita boleh bunuh pemain lain dgn membaling gundi kita dan kena gundi pemain lain, maka pemain lawan dikira mati dan tidak layak meneruskan permainan. Lebih cepat kita dapat bunuh pemain lawan lagi cepat pemain tamat, maka dapatlah kita ambil semua baki guli yang masih berada di dalam petak. Semua pemain akan berusaha untuk mendapatkan lesen supaya dia boleh bunuh pemain lain, pemain yang tidak dapat lesen lagi sentiasa khuatir di bunuh oleh pemain lain. Maka mereka sentiasa cuba menjarakkan diri dari pemain yang ada lesen. Sementara itu pemain yg berlesen boleh terus mengeluarkan guli yg masih berbaki di dalam petak. Jika semua guli telah berjaya habis dikeluarkan maka permainan di kira tamat. Maka bolehlah mulakan permainan baru.


Bagaimana HBB selalu menang??.. xmain tipu ye tapi gunakan akal.

setelah dapat lesen HBB akan cuba bunuh pemain lawan. Jika ada 2 orang pemain(A&B) lawan yg belum ada lesen. yang jaraknya agak berjauhan antara sama lain dan juga arah yg berbeza. Katakan pemain A berada 4kaki keutara, dan pemain B pula 6kaki keutara pemain A. Jika HBB baling gundi pemain A dengan tepat dan kena maka gundi HBB akan kebelakang, maka jarak gundi HBB dan gundi pemain B mungkin lbh dari 6kaki di mana semakin sukar utk membaling dgn tepat dan kena. Apa yg HBB lakukan, ialah baling gundi HBB ke gundi pemain A, betul2 kena bahagian atas gundi A, maka gundi HBB akan bergerak semakin dkt dgn gundi B. hehehe. begitulah corak pemikiran HBB semasa masih kanak2 lagi. HBB sudah applikasikan fizik semasa kanak2 lagi.

bijak tak??? hehehehe

Kamu yang Mulia ..

sajak ini dinukil sempena hari ibu buat Bondaku tersayang:

Kamu yang mulia

kamu yang melahirkan..
kau dipanggil dgn pelbagai panggilan..
ibu, emak, umi, mama, bonda dan lain lain lagi..
panggilan ini amatlah mulia..
Kau makhlukNYA yang mulia..
kau bertarung nyawa demi kami..
kau kandung kami ke mana sahaja kau pergi
kau bukti kasih sayangnya Allah..
tiada makhluk lain semulia kau..
setelah kami dilahirkan..
kaulah yang paling gembira menyambut kami..
apa kau lakukan kepada kami adalah atas nama kasih sayang
kasih sayangmu mengatasi segala..
kau utamakan kehendak kami dari kehendakmu..
kau lebihkan kami dari yang lain..
kau memohon biarlah sakit kami diserahkan padamu..
belaian mu adalah kerana kasih dan sayang
marah mu juga kerana kasih dan sayang..
kaulah yang ke hadapan jika ada yang menggangu kami..
dalam hati mu tiada lain semuanya adalah kerana kasih dan sayang..
dalam hatimu tiada lain ingin melihat kami berjaya..
apapun yang kau harapkan dari kami adalah utk kami jua, bukan untuk kau
tidak terdetik dihati kamu utk melihat kami kecewa..
maafkan kami..jika kami membuatkan kamu bersedih..
maafkan kami jika tidak mampu mengadakan kejayaan kami..
kaulah ratu hati kami....
tiada termampu kami balas jasamu..
semoga Allah meredhaimu sentiasa..
amin..amin ya rabbal alamin..

11.52pm 7Mei2011
nak share dipersilakan..sharing is caring

Wednesday, June 15, 2011

Koleksi Pantun 2

berlari ke sana ke sini..
tak tentu arah dlm hati
kalau teringin nak dtg sini..
apa lagi isilah borang cuti..

pergi memancing si ikan todak..
todak dihidang buat tetamu
mereka cemerlang kamu tidak..
dunia belum akhir utk kamu...

kanak kanak dipanggil budak..
berlari lari di ruang tamu..
mereka berjaya kamu tidak..
mungkin belum rezeki kamu

kanak kanak dipanggil budak..
berlari lari di ruang tamu..
mereka berjaya kamu tidak..
mungkin belum rezeki kamu

kanak kanak dipanggil budak
berlari lari di ruang tamu
mereka berjaya kamu tidak
mungkin belum rezeki kamu

kanak kanak dipanggil budak..
berlari lari di ruang tamu..
mereka berjaya kamu tidak..
mungkin belum rezeki kamu... :-)

hari ini mulakan kerja..
kerja sebagai penyambut tetamu..
jangan kamu bermuram durja..
ada yg lbh teruk dari kamu... :-)

hari pertma memulakan kerja..
jangan sampai lambat bangun
kalau asyik bermuram durja..
bagaimana hendak membangun..

kanak kanak dipanggil budak..
berlari lari di ruang tamu..
mereka berjaya kamu tidak..
mungkin belum rezeki kamu... :-)

elok elok menanam budi..
biar lama kekal di hati
klu dulu nak sambung studi...
mengapa kini nak berhenti...

kalau hendak menanam budi..
hendaklah sentiasa beringat
ceramah apa yg didgr tadi...
sampai hilang habis semangat

duduk dekat dengan sidia
mndpt perkenan keluarga dia
siapa gerangan siapa dia..
mahu saya berjumpa dia.. hehehe

duduk bersimpuh di beranda..
duduk bersama dgn Jebat
bila angau sudah melanda..
hanya dia yg boleh ubat...

satu periuk penuh nasi..
satu almari penuh kain
kalau dah 24jam duk di sisi..
xbolehlah nak buat kerja lain..

Dalam BM pisang dalam BI banana..
dalam bakul penuh rambutan
aku bukan bersifat sempurna..
untuk kau jadikan ikutan..

beramai ramai mencari muafakat..
supaya kerja tidaklah salah..
aku bukanlah seorang malaikat..
maafkan aku jika bersalah..

terasa sakit dikanan peha..
dicubit oleh encik Yahya..
kalau kita gigih berusaha..
insyaallah pasti berjaya..

keliling kota naik beca..
beca dipandu oleh pak lang
kalau kita rajin membaca..
insyaallah keputusan cemerlang

asam pedas masakan nyonya..
gigi sakit sebelah geraham
kalau kita rajin bertanya..
insyaallah bertambah faham

Tuesday, June 14, 2011

Koleksi Pantun 1

Anak dara sudah berpunya..
Sedang khusyuk baca Al-quran
Cantik & hudoh ada bezanya..
Namun itu bukannya ukuran..

Bujang teruna sudah berpunya..
Memasang khemah di gunung Tahan
Gemuk & langsing ada bezanya..
Namun itu bukanlah pilihan..

Mati semut kerana gula..
Itu adalah satu perumpamaan
Tetapkanlah di hatimu semua...
Agama dan budi jadi keutamaan

pergi pantai bawa bekal..
pergi bersama sidia itu... :-)
kamu ada iman dan akal..
jgn nafsu jadi penentu..

Kalau mendaki gunung Tahan...
jangan lupa bawa khemah..
kalau gundah menentu pilihan..
minta pendapat dgn berhemah

pekan di Melaka nama Asahan..
dari asahan ke pantai buruk..
kalau masih ragu dgn pilihan..
minta Allah beri petunjuk...

jgn asyik suka berbalah..
kelak nanti susah pujuk..
kalau itulah petunjuk Allah
semoga bahagia dgn petunjuk..:-)

pergi kelas bawa kereta..
sambil pandu kunyah keria
pantun saya ada merata-rata..
kalau berkenan ambillah ia..

masak sayur campur tahu..
buat bekalan pergi berkelah
jgn dipelikkan camna tahu..
yg penting kita berubah.. :-)

kacak jelita pilihan hati..
jatuh cinta pandang pertama
masih ada yg memilih budi...
kerana itu suruhan agama..

kacak jelita makanan mata
jatuh cinta pandang pertama..
jangan kerana kacak jelita..
maka kata semuanya sama

kalau hati sudah berkenan..
berbuat sesuatu nyatakan hajat
pilih agama budi sebagai saranan..
dia memilih lain apa nak buat.. :-)

sudah penat berkata-kata..
itu jugak dibuatnya dia..
kalau memilih kacak jelita
doakan aje semoga bahagia..:-)

pergi bandar naik bas mini..
tengah bandar panas terik
sungguh tenang malam ini...
ditemani bunyi cenggkerik...

hari ini hari isnin..
ramai xsuka hari ini..
klu ada yg teringin..
jgn lupa pesan di sini.. :-)

Monday, June 13, 2011

KehendakMu Jua Pasti Berlaku..

KehendakMu jua pasti berlaku

Wahai pemilik yang memiliki segalanya..
Tiada suatu yang nyata dan tak nyata itu bukan milikMu..
MilikMu jua segala yang zahir dan batin dari mata kami..

Wahai PEMILIK yang memiliki segalanya..
Kau hadirkan kehendak dalam diri aku..
Untuk aku menyaksikan KehendakMu yang pasti berlaku..
Aku berserah kepada kehendakMu..
KehendakMu menjadi takdir bagi diriku..
Aku redha menurut kehendakMu ke atas diriku..T
iada upaya aku menentang kehendakMu..
Tiada upaya aku melawan kehendakMu..
Walau sejuta usaha kuhadirkan agar kehendakku tercapai..
KehendakMu jua yang pasti berlaku..
Aku berserah kepada kehendakMu..
Aku berdoaaku bermohonaku bermunajat
PadaMu yang berkuasa ke atas segala yang berkehendak
Agar
kehendakku menjadi KehendakMu (3x)…
KehendakMu jua yang pasti berlaku
Tiada upaya aku
ENGKAUlah segalanya.

HBB, 18/5/2004