Subscribe:

Pages

Friday, February 10, 2012

Koleksi Pantun 8

air sirap dicampur selasih..
buat tapai dicampur ragi..
jika tidak kerana kasih..
tidak kita bersama lagi
kalau mandi biarlah basah..
nanti segar bila ke kelas
untuk GAGAL bukannya susah..
cuma amalkan sifat MALAS..

bila rahsia telah terdedah..
membuat ramai kurang yakin
untuk BERJAYA bukanlah mudah...
perlu ada sikap yang RAJIN...

sarapan pagi dengan nasi..
makan bersama dgn Pak Ya
hati-hati membuat PERSEPSI...
takut nanti HIJAB padaNYA..

berjalan-jalan keliling kota..
penat berjalan sandar ke dinding
"pakaian" kita untuk kita..
bukan untuk dibanding2

jalan lecak di letakkan papan..
supaya senang orang melangkah
pintu kejayaan ada di hadapan..
tinggal kamu memacu langkah...

kerja rumah belum selesai..
bagaimana nak ke sekolah..
jadi kita sebagai penyelesai..
bukan sebagai pemula masalah

bermain bola ditengah padang..
rehat sebentar minum air segelas
kalau hendakkan hormatnya orang...
jangan sombong jangan malas

kalau pergi Tanjung Karang..
jgn sampai tertinggal kunci..
kalau hendakkan kasihnya orang...
jangan dibuat perkara dibenci

tapak dibina sungguh rata..
biar senang gasing berpusing
bukan jarak memisahkan kita...
tapi adalah aktiviti masing2

Raja Haji keturunan Bugis..
terkenal dengan baik budi..
bila berpisah kita menangis..
tanda kasih bertakhta di hati

kanak-kanak suka meminta..
meminta-minta tanpa jemu
bila perpisahan tiada dipinta..
pastilah tangis datang bertamu..

menonton wayang bersama Aishah..
cerita lawak berderai ketawa..
jika menangis bila berpisah..
jangan sampai merosak jiwa

sarapan pagi dengan keria..
tak cukup keria makan mi..
sekejap sekejap ingat ke dia..
tanda kasih telah bersemi

Logam Na bahan yang aktif..
kalau bereksperimen jgn berangan..
bagi mereka bersikap PROAKTIF..
pasti kejayaan di dalam tangan..

ayam goreng bahagian dada..
sebagai juadah pagi raya..
pilihan ada di tangan anda..
untuk gagal ataupun berjaya..

menuju jeram berjalan kaki..
sampai sana memancing ikan..
ilmu kejayaan telah dimiliki..
mulakan dgn pelan tindakan..

bersama si dia menuju ke pekan..
pergi ke pekan buat perbelanjaan..
kehendak, ilmu dan pelan tindakan..
syaratnya wajib menuju kejayaan..

xfaham soalan dilontar dadu..
lontar dadu atas batu..
apa guna kamu merindu..
jika dia mendiam membatu

hendak ditangkap anak kerapu..
sedang menyorok di celah bakau
kau kena ikut jadual aku...
bukan aku ikut jadual kau...

Thursday, February 9, 2012

Mari Dekat Padaku

Wahai anak-anakku..
mari bermain di tepi rumah..
agar dekat kau kepada aku..
segala kesilapan kau nampaklah jelas..
mudah kuhulurkan tangan..
kalau kalau kau terjatuh atau terluka..
bantuan diperlu cepatlah sampai..

Wahai anak anakku..
jangan bermain ditengah hutan..
tempat beraja binatang buas..
penuh belantara menghalang pandangan..
jika diserang binatang buas..
tidak terpandang olehnya aku..
berita kecemasan lambatlah sampai..
bantuan diperlu lambatlah tiba..
yang tinggal nanti tulang belulang..

Wahai anak anakku..
mari bermain ditepi pantai..
tidak kau karam dilambung ombak..
agar kudengar jeritan tolong..
dapatku hulur bantuan segera..
jangan bermain di tengah laut..
takut dilanda badai mengganas...
nanti kau karam tidak bernisan..

Wahai anak anakku..
jangan bermain jauh dari pandanganku..
MARI DEKAT PADAKU..
bukan aku ingin mengongkong..
agar dapat kuhulur bantuan dengan segera..

hati hati wahai anak anakku..
aku kasih dan sayang kepadamu..