Subscribe:

Pages

Tuesday, June 21, 2011

Koleksi Pantun 3

mencari umpan ditepi lembah..
umpan digantung tepi pohon..
ENGKAU yang aku sembah..
pada ENGKAU kumemohon..

disengat oleh sang lebah..
lebam besar warna merah..
ENGKAU yang aku sembah..
pada ENGKAU kuberserah

rumah kosong jangan dibiar..
usahakanlah supaya kekal..
setelah habis semua ikhtiar..
pada ENGKAU aku tawakal..

bersiap-siap pergi jamuan..
pergi bersama dengan si dia
begitulah adat pertemuan..
lambat laun berpisah jua..

adakah dia sudah berpunya..
kalau belum boleh kenalan..
kusangka kekal ke akhirnya...
namun putus ditengah jalan..

kalau kekedai tolong belikan..
kuih karipap dan juga keria
perpisahan ini kumaafkan..
kudoakan engkau bahagia..

pulau pandan gunung daik..
pergi pulau naik kapal
kita berpisah secara baik..
agar persahabatan tetap kekal

dulu timbang gunakan dacing...
buat timbang isi kelapa..
kalau dia dikata "memancing"
kamu pula dinamakan apa... :-)

bawa bekalan air sebotol..
cukupke untuk berkelah..
kamu asyik mengaku betul..
orang lain buat semua salah..:-)


bawa bekalan air sebotol..
cukupke untuk berkelah..
kamu asyik mengaku betul..
orang lain buat semua salah..:-)


HBB suka makan kerang..
makan bersama dgn dia..
empat cara menolong orang
harta, tenaga, idea dan doa

menu diminta masak kupang..
minta juga limau segelas..
kalau mahu menolong orang...
cuba usahakan supaya ikhlas...

minum air bergelas gelas..
sampai perut terasa mengah
antara tanda xbrapa ikhlas..
mudah kecewa bila disanggah

tunggang kuda ke Inderagiri
buat memujuk hati yg lara
ketika ada tiada mencari..
bila dah tiada sibuk pula

pokok dikebun pak long punya..
ditanam penuh pokok dokong
pedulikan hasrat tersembunyinya..
yang penting kita telah ditolong

tanam buah benih yang baik
benih baik si pokok nangka..
kita disuruh bersangka baik..
jgn digalak berburuk sangka

0 comments:

Post a Comment