Subscribe:

Pages

Friday, June 24, 2011

Kalau HBB Menteri Pengguna

walau kita bukan sebagai menteri pengguna atau apa2pun, kita juga boleh memikirkan apa yang akan dibuat jika dilantik sebagai menteri pengguna. Buat masa ni yg terfikir ialah 2 perkara penting iaitu
1. Kempen Turunkan Harga Barang <---sila klik dan baca utk memahami strategi yg HBB gunakan.

2. Ladang Ternakan 1Malaysia
i. setiap negeri akan diujudkan ladang ternakan 1Malaysia (fokus kpd ayam dan lembu sahaja).

ii. Pekerjanya samada pengurus, pegawai dan kakitangan sokongan adalah sebagai kakitangan kerajaan Malaysia. Mereka akan dibayar gaji dan kelayakan yang sama dengan kakitangan yang lain.

iii. Keuntungan yang dibuat adalah sangat minimum, iaitu keuntungan digunakan utk menanggung kos operasi dan bayar gaji pekerja. Maka dengan ini seolah2 kerajaan tidak mengeluarkan duit. Hasil ternakan itu adalah utk kegunaan rakyat. Tidak seperti ladang ternakan yang ada skrg ini lbh berkonsepkan keuntungan kerana ia swasta. Kerajaan punya lbh bersikap kebajikan dan perkhidmatan.

iv. SWASTA akan mengambil kira kos operasi, kos gaji pekerja dan keuntungan, manakala kerajaan hanya menanggung kos operasi dan kos gaji pekerja... sudah pasti ternakan yang dijual akan jauh lebih murah.

v.secara tidak langsung kita membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kita, berbanding kpd pihak SWASTA sudah pasti 90% pekerjanya adalah pendatang asing.

sepatutnya ini yg kerajaan lakukan. ini tidak benarkan pihak swasta mengawal semuanya. Antara alasan bodoh yg didengar ialah mereka juga menjana ekonomi (sebenarnya utk pihak tertentu dan bilangannya sedikit, sepatutnya kita jaga ekonomi yg ramai). Kita sepatutnya menjana ekonomi dgn memberi saingan kepada mereka agar mengurangkan keuntungan semata, ini jika dibiarkan berleluasa maka sudah pasti. Mereka itu hanya segelintir berbanding dgn penduduk yg ramai.

ada cadangan dan pendapat dari anda. dipersilakan. :-)

4 comments:

Adlan said...

oh.bagus cadangan untuk ladang ternakan itu. kurang pengangguran rakyat tempatan. mungkin pada permulaan, kerajaan perlu mencari modal dari sumber tertentu utk memulakan ladang ini. tapi kalau seolah2 tiada keuntungan untuk kerajaan, nak pulak kerajaan? mm..

HBB said...

klu kerajaan bijak dan berpandangan jauh dia akan buat spt cadangan sy...krajaan ada byk lg tempat lain utk dapat keutungan. keuntungan yg jelas ialah sokongan rakyat terhadap kerajaan kerana menjaga kebajikan rakyat. :-)

Bardboo said...

Kerajaan lebih suka kepada business berbtk pelaburan..
Banyak duit blh dapat..duit lebih ptg dr kebajikn rakyat..kalau kebajikan yg di utama kn..dah lama mreka mengambil langkah2 seperti ni..

Bardboo said...

Itu kalau kerajaan bijak along..kalau tak bijak???hehe...

Post a Comment